Oleh: Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi
PASIR GUDANG: Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Kota Masai terus cemerlang apabila dinobat sebagai juara deklamasi sajak di Karnival Kemahiran Kebolehpasaran Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2024.
Peserta, Rovinaa Lita A/P Simon Santiago membawa tema bernuansa alam membolehkan dirinya terpilih sebagai juara dalam kategori perempuan manakala kategori lelaki dimenangi Hoo Wei Chen dari SMK Taman Johor Jaya 2.
Bukan itu sahaja, kedua-dua pelajar tersebut mempunyai potensi untuk mewakili Pasir Gudang di Karnival Kemahiran Kebolehpasaran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor yang akan dianjurkan tidak lama lagi.
Selain itu, kontinjen dari SMK Kota Masai juga membawa pulang naib juara dalam acara nasyid dan tempat ketiga dalam acara tarian.
Karnival Kemahiran Kebolehpasaran Pendidikan Khas Pasir Gudang Ketua Penolong Pengarah Kanan (Sektor Pendidikan Khas) Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Puan Nor Haliza Saibun.

Sebanyak lapan acara yang dipertandingkan antaranya deklamasi sajak, tarian, peragaan pakaian, nasyid, dekorasi kek, nyanyian solo, kolaj manik dan poster digital.
Karnival Kemahiran Kebolehpasaran bertujuan memberi ruang untuk mencungkil bakat dan potensi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) sekaligus menggalakkan mereka bergiat aktif di peringkat yang lebih tinggi.

IMedikel TV






