Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV
TUMPAT: Jumlah pelajar yang berdaftar bagi sesi persekolahan 2026 adalah seramai 333,206 orang dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Beluru, Tumpat, dijadikan Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pertama di Kelantan.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata pelaksanaan sekolah K11 penambahan kemudahan secara berfasa bagi menangani isu kepadatan tanpa perlu membina sekolah baharu mengambil tempoh yang lama.
Beliau berkata sekolah tesebut sebelum ini beroperasi sebagai K9, kini dinaik taraf kepada sekolah K11 sekali gus menjadi yang pertama di Kelantan.

“Kementerian kini memberi tumpuan kepada pembinaan blok tambahan seperti bilik darjah dan kemudahan sokongan yang boleh disiapkan dalam tempoh enam bulan bagi memenuhi keperluan semasa, berbanding pembinaan sekolah baharu yang mengambil masa sehingga tiga atau empat tahun.
“SMK Pulau Beluru dilengkapi tiga blok bangunan tambahan melibatkan enam bilik darjah serta kemudahan seperti kelas Pendidikan dan Latihan Teknikal, bengkel dan makmal bagi memenuhi ciri sebuah sekolah menengah yang lengkap, dengan projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua tahun,” katanya kepada pemberita di SK Pulau Beluru, Tumpat, hari ini.
Menurutnya sekolah itu juga boleh dianggap sebagai sekolah angkat kepada Sektor Perancangan dan Pembangunan KPM, dan penambahan kemudahan berkenaan diharap dapat meningkatkan keselesaan serta motivasi warga sekolah, sekali gus memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata persediaan pembukaan sesi persekolahan, beliau berkata KPM telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi menghadapi banjir dan bencana, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan aset sekolah dan kelangsungan pembelajaran termasuk pelaksanaan pembelajaran dari rumah sekiranya diperlukan.
Beliau turut ke sekolah berkenaan dengan menaiki bot dan Pengarah Pendidikan Kelantan, Siti Norina Muhamad.
IMedikel TV






