Home Luar Negara SILAP JURUTERBANG, PESAWAT MENDARAT ATAS SUNGAI BEKU

SILAP JURUTERBANG, PESAWAT MENDARAT ATAS SUNGAI BEKU

MOSCOW: Menggemparkan apabila sebuah pesawat Antonov-24 era Soviet yang membawa 30 penumpang mendarat di sungai yang sudah membeku.

Lokasi itu terletak berhampiran lapangan terbang di timur jauh Rusia.

Insiden pada Khamis itu dilaporkan berlaku kerana kesilapan juruterbang, kata pendakwa raya pengangkutan.

Polar Airlines An-24 selamat mendarat di Sungai Kolyma berhampiran Zyryanka di wilayah Yakutia, kata pendakwa raya.

Menurut maklumat awal, punca insiden penerbangan adalah kesilapan kru dalam memandu pesawat itu.

Ia disahkan oleh jurucakap pendakwa pengangkutan Siberia Timur dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya berkongsi gambar pesawat itu di sungai beku.

Sementara itu, akhbar Izvestia memuat naik gambar penumpang keluar dari pesawat.

“Pesawat An-24 mendarat di luar landasan lapangan terbang Zyryanka.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya.

Polar Airlines berkongsi perkembangan itu dalam satu kenyataan ringkas. – REUTERS, HMetro Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here