Home Buletin Semasa SEMANGAT PENDUDUK DUN PENGKALAN PASIR SERTAI PROGRAM CAKNA RAKYAT 

SEMANGAT PENDUDUK DUN PENGKALAN PASIR SERTAI PROGRAM CAKNA RAKYAT 

177
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Semangat penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir tidak putus dalam berlumba untuk menjuarai acara yang dipertandingkan menerusi Program Cakna Rakyat.

Menurut pengarah program, Syed Muhd Nisyahir Syed Osman, program itu merupakan acara tahunan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat.

“Tujuan utamanya kita ni nak rakyat boleh bersama pimpinan masyarakat terutama YB kita yang terlibat sama dalam program ini.

“Alhamdulillah sambutan ramai daripada pukul 8 pagi tak berhenti pendaftaran, mainan pun ramai yang sertai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, sebanyak 12 mukim yang turut terlibat dalam karnival tersebut yang menjadikan keseluruhan pengunjung seramai 1,000 orang.

“Harini kita ada permainan tumpuan tarik tali antara mukim, kita panggil penghulu dan ada acara bowling padang untuk kanak-kanak, pertandingan penalti lepas tu untuk budak tadiba pertandingan mewarna,” katanya. 

Selain itu katanya pengunjung juga berpeluang untuk mempelajari cara membuat Resusitasi kardiopulmonari (CPR) bagi persediaan sekiranya berlaku kecemasan di sekeliling. 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohamad Nasriff Daud@Daud Yatimee merasmikan karnival tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here