Home Hiburan SEMAKIN SAYA BIARKAN SEMAKIN MELAMPAU – IBU ZAHIRAH MACWILSON

SEMAKIN SAYA BIARKAN SEMAKIN MELAMPAU – IBU ZAHIRAH MACWILSON

27
0

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelakon, Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff mencuri perhatian ramai apabila berkongsi luahan peribadi di media sosial berkaitan keretakan hubungan dengan anaknya.

Memetik laporan Berita Harian, bagaimanapun, Maslinda yang memuat naik hantaran itu tidak menamakan mana-mana individu, sebaliknya hanya menjelaskan situasi yang didakwanya sedang dihadapi ketika ini.

Menurut Maslinda, hubungan dengan anaknya dikatakan sudah tidak rapat sejak Ogos 2024.

“Sebenarnya hubungan saya dengan anak saya sudah tidak rapat sejak Ogos 2024.

“Sudah berkali-kali saya dan suami turun ke Kuala Lumpur untuk cuba memulihkan dan memperbaiki keadaan secara peribadi serta mendapatkan bantuan ustaz sebagai orang tengah, namun tidak diterima. 

“Sudah lama saya berdiam diri dan bersabar, tetapi apabila dia menghantar mesej kepada saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan serta menyakitkan hati, kesabaran saya terus hilang. Allahuakbar,” tulisnya menerusi hantaran di Threads, hari ini. 

Dalam hantaran sama, Maslinda turut mendakwa tindak-tanduk anaknya semakin keterlaluan sehingga mendorong dirinya berkongsi luahan itu secara terbuka di media sosial.

“Semakin saya biarkan, semakin melampau dan biadab. Sebab itu saya tidak berfikir panjang lalu memuat naik perkara ini di media sosial.

“Saya tahu anak saya lebih takut kepada media sosial daripada kemurkaan Allah.

“Semoga doa-doa kami di depan Kaabah dan di Arafah dimakbulkan.

“Ya Allah, aku tidak berdaya lagi. Aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, Ya Allah,” katanya.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung hantaran berkenaan.-BH Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here