Home Buletin Semasa SEBUAH RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG PERINGAT

SEBUAH RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG PERINGAT

395
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melaporkan sebuah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, di sini semalam.

Pegawai Bomba Kanan II Adnan Muhammad Juri dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.50 malam.

Katanya, seramai 15 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh dan BBP Ketereh digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis separuh kekal dengan anggaran keluasan 40 kaki X 80 kaki,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Adnan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 10.5 malam.

Jelasnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan empat aliran hos dengan bekalan air disalurkan daripada tangki air bomba sepanjang operasi berlangsung.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here