Home Buletin Semasa SEBANYAK 15 PPS DIBUKA DI ROMPIN, PAHANG.

SEBANYAK 15 PPS DIBUKA DI ROMPIN, PAHANG.

205
0

Seramai 2,248 mangsa banjir daripada 659 keluarga masih berada di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di Rompin setakat jam 8 pagi ini.

Jumlah itu menunjukkan penurunan kecil, berbanding 2,250 mangsa petang semalam. Hal ini dimaklumkan oleh sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri (JPBN) Pahang.

Keadaan cuaca yang cerah dan baik turut membantu banjir semakin pulih di beberapa kawasan di Rompin sejak semalam.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong, Rompin masih merekodkan bacaan paras air melepasi tahap bahaya, setakat jam 8 pagi ini.

Dua paras air sungai iaitu sungai Pahang di Paloh Hinai, pekan dan sungai Bera di jambatan sungai Bera pula melepasi tahap waspada.

Sumber: BERNAMA

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here