KUALA LUMPUR: Pelakon Sweet Qismina terkilan terhadap segelintir pihak yang melempar fitnah berhubung perubahan fizikal suami, Adam Lee yang kelihatan makin susut dan cengkung.
Menerusi hantaran dimuat naik di aplikasi Threads, tengah malam tadi, Sweet atau nama sebenar, Farhanna Qismina Supandi mendedahkan perubahan berat badan suaminya adalah komitmen demi menjayakan perlawanan Fury Redemption.
Memetik laporan Berita harian, Sweet berkata, Adam sebelum ini nekad menurunkan berat badan daripada 83 kilogram (kg) kepada 73 kilogram bagi memenuhi kriteria pertarungan dan berat terkini mencecah 71 kg.
“Sekarang berat badan suami 71 kilogram. Keadaan kurus dan cengkung itu adalah hasil penurunan berat badan yang melebihi sepatutnya.Dia sihat… Dia baik-baik sahaja,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Sweetmenzahirkan rasa sedih melihat kerja keras Adam yang melakukan persiapan rapi dari segi mental dan fizikal, namun, akhirnya menjadi mangsa fitnah netizen.
“Saya kasihan melihat dia membuat persiapan pertarungan, baik dari segi mental mahupun fizikal. Tetapi, ada pula yang sewenang-wenangnya membuat fitnah bukan-bukan.
“Sakit hati dengan orang yang mengata suami saya tanpa asas. Kalau tidak tahu sebab dia kurus, tolonglah buat kajian terlebih dahulu,” tulisnya.
Penampilan terbaru Adam Lee yang kelihatan jauh lebih kurus menarik perhatian netizen sehingga mengundang pelbagai pertanyaan dan komen berbaur negatif dalam media sosial. – BH )nline –
IMedikel TV






