Home Hiburan ‘SAKINAH KINI BAHAGIA, ADA SEMBILAN ANAK TIRI’ – SHARIFAH SHAHIRAH

‘SAKINAH KINI BAHAGIA, ADA SEMBILAN ANAK TIRI’ – SHARIFAH SHAHIRAH

434
0

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Sinar FM, Sharifah Shahirah, 51, menyifatkan adik iparnya, Cyril Kongo yang juga suami baharu pelakon, Sharifah Sakinah sebagai seorang yang baik dan hormat orang tua.

Memetik laporan menerusi Harian Metro Sharifah Shahirah yang mesra disapa Shiera atau Kak Rara berkata, hubungan perkahwinan Sakinah dengan lelaki kacukan Vietnam dan Perancis itu juga mendapat restu daripada ibunya serta seisi keluarga.

“Saya bersyukur dengan adanya adik ipar baharu (suami Sakinah) dalam keluarga kami. Malah, kami sekeluarga juga sudah beberapa kali berjumpa Cyril.

“Dia (Cyril) seorang lelaki yang baik dan tahu menghormati orang tua terutama ibu saya. Bahkan, ibu pun restu perkahwinan mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media program The Chosen One.

Mengulas perasaannya terhadap perkahwinan adiknya itu, Shiera memaklumkan dia berasa gembira apabila Sakinah akhirnya sedia membuat perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

“Saya sangat bersyukur Sakinah kini bahagia. Dia juga sudah bertemu dengan keluarga belah suaminya, termasuk anak tiri. Cyril ada sembilan anak.

“Sakinah pun masih mencuba jadi emak tiri yang baik. Saya juga ada cakap kepadanya (Sakinah) agar melayan anak tiri elok-elok. Tak perlu berebut apa-apa,” katanya.

Ujar Shiera lagi, baginya dalam kehidupan ini kita hanya perlu menjadi insan yang terbaik dan bersyukur dengan kenikmatan dikecapi kerana Allah boleh tarik bila-bila masa.

Pada April lalu, Sakinah menjadi parhatian ramai selepas timbul gosip mengaitkan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal didakwa sudah berkahwin secara senyap dengan lelaki ‘mat saleh’.

Selepas lama berdiam diri, Sakinah bagaimanapun membuat hantaran foto bersama suaminya yang juga pelukis grafiti terkenal berpangkalan di Bali, Indonesia di akaun Instagram (IG) miliknya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here