Home Hiburan SAINGAN SENGIT SHARNAAZ, SHAFIQ DAN ZAMARUL PADA AMT 2025

SAINGAN SENGIT SHARNAAZ, SHAFIQ DAN ZAMARUL PADA AMT 2025

541
0

KUALA LUMPUR: Kehangatan filem ‘box office’, Blood Brothers: Bara Naga yang menemui penonton di pawagam tempatan pada 10 April lalu, masih diperkatakan.

Memetik laporan menerusi Berita Harian paling mengujakan, naskhah sarat aksi dan emosi ini kini melangkah dari layar perak ke pentas anugerah.

Mengapa tidak, barisan pelakon Blood Brothers: Bara Naga dilihat mendominasi kategori Selebriti Maskulin Terhangat pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 apabila Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Zamarul Hisham masing-masing menempatkan diri dalam senarai Top 10.

TV3 dalam kenyataan menyebut, pencapaian tiga jejaka ‘hot’ ini membuktikan pengaruh filem Blood Brothers: Bara Naga masih membara dan terus mencuri perhatian sepanjang tahun ini.

Dahulu berlawan berlawan di skrin, kini Sharnaaz, Syafiq dan Zamarul bersaing di carta undian.

Dalam filem Blood Brothers: Bara Naga, Sharnaaz dan Syafiq bergandingan sebagai bodyguard setia di sebalik organisasi gelap, manakala Zamarul tampil sebagai anggota polis yang lantang melabel mereka sebagai penyangak.

Kali ini, mereka bertembung sekali lagi, bukan dalam adegan penuh ketegangan, sebaliknya dalam perebutan gelaran Selebriti Maskulin Terhangat AMT 2025.

TV3 dalam kenyataan menghuraikan Sharnaaz yang lebih mesra digelar ‘Mamu’ dalam kalangan warganet sebagai individu tegas, berprinsip dan autentik.

Namanya tidak asing dalam dunia lakonan, terutama menerusi watak berat yang meninggalkan kesan.

Setiap karakter yang dibawa dihidupkan dengan jiwa dan karisma yang mencerminkan keperibadiannya.

Mungkinkah Sharnaaz pilihan paling tepat untuk merebut gelaran Selebriti Maskulin Terhangat AMT2025?

Turut menjadi tumpuan adalah Syafiq, iaitu pelakon versatil yang tidak gentar mencabar diri.

Daripada watak lelaki idaman hingga karakter penuh kompleks, setiap lakonan dihayatinya dengan mendalam sehingga mampu memukau penonton. Tahun ini, Syafiq kembali menggegarkan panggung menerusi Blood Brothers: Bara Naga yang menyerlahkan kematangan lakonannya.

Selepas sekian lama menyepi dari pentas kemenangan, mampukah ‘Hero Malaya’ ini bangkit semula dan menewaskan pesaing-pesaingnya di AMT 2025?

Berbekalkan pengalaman lebih dua dekad, Zamarul kembali mencetus impak menerusi watak Ayah Abdul dalam drama Langit ke Tujuh, dengan aura dingin yang cukup menggerunkan.

Lakonan sebagai Deputi Superintendan (DSP) Adlin dalam filem Blood Brothers: Bara Naga mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pelakon berkaliber.

Zamarul dianggap aktor yang masih relevan dan wajar diberi perhatian menjelang AMT 2025.

Sharnaaz, Syafiq dan Zamarul berdepan saingan pencabar lain bagi kategori Selebriti Maskulin Terhangat. Mereka adalah Fattah Amin, Remy Ishak, Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Noor dan Faizal Hussein. Siapakah yang akan dinobatkan?

Kenyataan TV3 menyebut, untuk mengundi, peminat hanya perlu melayari laman rasmi di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar.

Daftar akaun Tonton anda dan langgan pelan TontonUP untuk membuka akses undian, langganan selama sebulan akan memberikan anda 500 undian manakala langganan selama tiga bulan pula melayakkan anda menerima sehingga 2,500 undian.

Berteraskan slogan ‘Hangat Bukan Beshe-Beshe!’, AMT 2025 yang menyediakan 12 kategori rebutan penggiat seni, akan disiarkan secara langsung oleh TV3 pada 3 Ogos depan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here