MOSCOW: Russia mengancam Kyiv bahawa mereka akan bertindak balas dengan lebih keras terhadap segala bentuk pencerobohan masa depan, selepas Moscow mengerahkan jet dan artileri untuk melawan kumpulan bersenjata yang menyeberang dari Ukraine.
Ketika Russia menilai kesan serangan paling serius ke atas tanahnya semalam, Gabenor Belgorod, Vyacheslav Gladkov, berkata wilayah Russia itu menjadi sasaran banyak dron Ukraine.

Kumpulan serpihan pejuang Ukraine, Freedom of Russia Legion, menghantar sepasukan askarnya memasuki wilayah Russia untuk melancarkan serangan, memaksa Moscow mengerahkan jet dan serangan artileri sebagai pertahanan, sekali gus mendedahkan kelemahan di barisan hadapan.
“Kami akan terus bertindak balas dengan segera dan sangat keras terhadap tindakan militan Ukraine,” kata Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu kepada pegawai tentera, dua hari selepas pertempuran di wilayah selatan Belgorod.
Pihak berkuasa di wilayah berkenaan pula berkata, 13 orang cedera selepas wilayah itu berdepan tembakan artileri dan mortar yang berterusan.
Moscow berkata, tentera Russia sudah membunuh lebih 70 pejuang Ukraine serta memusnahkan beberapa kenderaan bersenjata ketika pertempuran itu.
Sumber BH Online
Sumber AFP
Imedikel TV






