Home Buletin Semasa RUMAH SEPARUH KEKAL MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG BADAK

RUMAH SEPARUH KEKAL MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG BADAK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Sebuah rumah separuh kekal di Kampung Badak di sini mengalami kemusnahan kira-kira 70 peratus dalam satu kejadian kebakaran malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui Sistem NG999 pada jam 7.33 malam sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok dengan bantuan BBP Pengkalan Chepa ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Wan Nasrullah Wan Nawan berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian selepas menempuh jarak perjalanan sejauh empat kilometer.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 20 kaki.

“Operasi pemadaman dijalankan segera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.51 malam.

“Kebakaran menyebabkan kira-kira 70 peratus struktur rumah tersebut musnah,” katanya ketika dihubungi kru IMedikel TV pagi tadi.

Operasi pemadaman membabitkan seramai 13 anggota dan tiga jentera digunakan dalam operasi itu iaitu dua Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah lori tangki.

Wan Nasrullah berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here