Home Buletin Semasa BOMBA SAMBUT BAIK LARANGAN MENDAKI GUNUNG SECARA ‘COMPRESS’

BOMBA SAMBUT BAIK LARANGAN MENDAKI GUNUNG SECARA ‘COMPRESS’

29
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyambut baik tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang melarang aktiviti pendiakian secara ‘compress’ atau dalam tempoh yang terlalu singkat, demi meningkatkan aspek keselamatan pendaki.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, langkah berkenaan wajar dicontohi oleh jabatan perhutanan di negeri lain yang ,e,punyai laluan pendakian berisiko tinggi dan mencabar.

“Masa diambil untuk melakukan aktiviti mendaki gunung yang berisiko perlu lebih panjang dan tidak terlalu mengejar masa hingga boleh mengundang kemalangan ketika mendaki termasuk semasa menurun.

“Dua kejadian di Perak sebelum ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada peminat aktiviti mendaki yang bercadang untuk mendaki gunung yang berisiko tinggi untuk tidak melakukannya secara ‘compress’ atau cepat.

“Ikut masa yang ditetapkan ketika mendaki, sekiranya aktiviti mendaki dilakukan secara tergesa-gesa hanya kerana ingin digelar pendaki ‘compress’ individu terbabit terdedah dengan kejadian yang tidak diingini,” katanya dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas episod kejadian seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang tersesat selama 15 hari ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman pada 23 Mei lalu menggunakan laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh, Perak.

Nor Hisham berkata, hari ini semakin ramai yang meminati aktiviti mendaki gunung dan hampir setiap negeri memiliki gunung termasuk laluan dalam hutan yang mencabar, ia kini menjadi sebahagian produk pelancongan yang terkenal.

Tambahnya, untuk keselamatan pendaki perlu menggunakan khidmat Malim Gunung yang bertauliah, kemahiran yang mereka ada mampu membantu pendaki sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here