Home Buletin Semasa RM200,000 UNTUK BAIK PULIH TANDAS IPG

RM200,000 UNTUK BAIK PULIH TANDAS IPG

404
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan K-P-M memperuntukkan sebanyak RM200,000 secara one-off kepada Institut Pendidikan Guru I-P-G seluruh negara bagi membaik pulih tandas.

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Dr Rosli Yacob berkata, peruntukkan tinggi itu adalah bagi kesejahteraan pelajar untuk penggunaan tandas yang lebih selesa.

“Setakat ini menjadi keutamaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membaiki semua tandas yang ada di sekolah, institut pendidikan supaya tandas boleh berfungsi dan untuk peruntukkan awal yang kita dapat ialah RM200 ribu.”

Beliau berkata, ini merupakan keutamaan kpm untuk memastikan fasiliti pelajar dalam keadaan sempurna.

Tambahnya, setakat ini projek membaik pulih itu telahpun dimulakan.

“Peruntukkan yang sekarang ini 25 peratus telahpun siap baik pulih tandas, yang lain-lain sedang dalam proses menyiapkan tandas-tandas itu supaya boleh berfungsi dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar di asrama.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Karnival Kemerdekaan di IPG Kampus Kota Bharu di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, usaha membolehkan pelajar menggunakan tandas dengan selesa perlu diterapkan oleh pihak kpm.

Tambahnya, nilai kebersihan harus dipupuk secara berterusan terutama dalam kalangan warga pendidik agar dapat memberi contoh yang baik terhadap pelajar.

“Bila dah ada tandas yang cantik, kita perlu dididik untuk menggunakan tandas dengan baik, jadi itu yang telah diturunkan RM200 ribu setiap IPG.”

Dalam pada itu, Rosli berkata sempena kemerdekaan ke-66 kali ini, ianya kelihatan dapat membangkitkan lagi semangat kepada siswa siswi di IPG untuk terus menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

“Yang paling penting sekali khususnya dalam pendidikan, erti kemerdekaan ialah kita mesti memberi didikan yang berkualiti, memberi pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum, jantina, itu adalah penting dan sebagai penjawat awam perlu berkhidmat dan mencurahkan bakti walau di mana sekalipun kita di arahkan.”

Katanya, KPM akan berterusan melahirkan pelajar yang holistik dari segi pengetahuan, kemahiran, sahsiah dan fizikal.

Beliau berharap guru yang bakal dilahirkan akan lebih berintegriti, menjadi seorang penjawat awam yang baik, dan sentiasa patuh kepada arahan-arahan kerajaan semasa.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here