Home Sukan RENANG SEPATUTNYA RAIH LEBIH DARIPADA SEMBILAN EMAS

RENANG SEPATUTNYA RAIH LEBIH DARIPADA SEMBILAN EMAS

Surabaya: Skuad renang negara sepatutnya meraih lebih daripada sembilan emas pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 namun hasrat itu dikecewakan oleh perenang tuan rumah, Indonesia.

Pengurus pasukan, Tan Seng Sen mengakui tuan rumah menghantar senarai atlet yang sangat kuat sekali gus menyaksikan Malaysia terlepas beberapa pingat dalam perlumbaan yang begitu sengit sepanjang enam hari acara berlangsung di kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (Koni) Jawa Timur itu.

“Indonesia memang pencabar utama dan mereka membuat persediaan yang rapi. Ada beberapa perenang mereka yang balik dari luar negara untuk menyertai AUG kali ini.

“Kita terlepas beberapa acara di mana kita begitu hampir untuk mendapatkan emas. Kita sasarkan tujuh pingat emas dan ini satu sasaran yang mencabar untuk mereka tetapi kita berjaya mendapatkan sembilan pingat emas.

“Ini satu pencapaian yang sungguh membanggakan dan saya rasa perenang kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan sedemikian,” katanya.

Sebagai rekod, antara acara yang menyaksikan skuad negara terlepas pingat emas dengan saingan yang sengit adalah seperti 200 (meter) kuak dada wanita dan 4x100m gaya bebas lelaki.

Secara keseluruhan pada temasya di Ubon Ratchathani dua tahun lalu, skuad renang merangkul enam emas, 11 perak dan 10 gangsa.

Bagi edisi di Surabaya-Malang kali ini, mereka menamatkan saingan dengan sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa. – HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here