Home Sukan REAL MADRID SAH JUARA LA LIGA KALI KE-36

REAL MADRID SAH JUARA LA LIGA KALI KE-36

193
0

MADRID: Real Madrid meraih apa yang dianggap jurulatih Carlo Ancelotti sebagai kejuaraan La Liga yang “berhak” dimenangi mereka awal pagi tadi selepas menundukkan Cadiz 3-0 dengan Girona memastikannya susulan kemenangan memukau 4-2 ke atas Barcelona.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Anak buah Ancelotti melaksanakan tugas mereka dengan menundukkan Cadiz dan selepas kekalahan juara musim lalu di tangan Girona, Los Blancos ditabal sebagai juara dengan rekod dilebarkan kepada 36 kali.

Kemenangan dramatik Girona menyaksikan kelab kerdil Catalunya itu layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah mereka, hanya dalam musim keempat mereka di liga utama Sepanyol.

Ancelotti menggilirkan ramai pemainnya menjelang separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich minggu depan tetapi pemainnya masih mampu menunaikan tugas mereka dengan berkesan.

Brahim Diaz meledak pada minit ke-51 untuk meletakkan Madrid di depan dan kemudian mengumpan gol buat Jude Bellingham, dengan Joselu menampan masuk gol ketiga.

Pemain Real Madrid meraikan gol kedua jaringan Jude Bellingham (kanan) ketika menentang Cadiz pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. 

“Kami mengharungi satu kempen La Liga yang menakjubkan,” kata Ancelotti kepada wartawan.

“Kami melakukan tidak banyak kesilapan dan kelebihan itu membuatkan kami berhak menjuarainya.”

Kemenangan selesa Madrid ke atas Cadiz melonjakkan mereka 14 mata di depan juara musim lalu Barcelona yang menghuni tangga ketiga, dengan hanya maksimum 12 mata untuk direbut.

Girona, yang melonjak ke tangga kedua selepas melakar kemenangan kedua 4-2 ke atas Barcelona musim ini, ketinggalan 13 mata di belakang Madrid.

“Kami mempersembahkan yang terbaik di tengah padang untuk menikmati detik menggembirakan seperti hari ini,” kata penyerang Madrid, Joselu kepada Real Madrid TV.

“Ada pemain muda yang dahagakan kejuaraan, pemain veteran yang seronok untuk berada di sini… dan ini adalah detik-detik istimewa.” – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here