Home Buletin Semasa RAWATAN ALTERNATIF BAGI PESAKIT CKD

RAWATAN ALTERNATIF BAGI PESAKIT CKD

407
0

KOTA BHARU: Penyakit buah pinggang adalah penyerang organ dalam diam. Jika tidak dirawat di peringkat awal, ia berkemungkinan akan membuat rawatan dialisis.

Namun, pesakit buah pinggang juga boleh membuat rawatan secara alternatif.

Team imedikel tv berkesempatan menemu bual pengasas Neo Medicare Group, Profesor Dr. Abd Aziz di Program Kem Cronic Kidney Desease, C-K-D, di Kota Bharu baru-baru ini.

Seperti kita sedia maklum, pesakit buah pinggang akan mengalami kelesuan, keletihan, mual, kekejangan otot pada waktu malam, bengkak kaki dan bengkak di sekeliling mata, kerap membuang air kecil pada waktu malam selain kencing berbuih.

“Alhamdulillah kita ada cara sebenarnya dan itulah yang kita nak kongsikan kepada orang ramai bahawa ada cara sebenarnya untuk pulih buah pinggang walaupun tanpa menjalani dialisis jadi kita telah rangka kita punya cara yang terbaik untuk memulihkan buah pinggang yang telah rosak tadi dengan melalui sebuah terapi yang kita telah buat kajian diuji secara klinikal ianya selamat dan berkesan jadi itu sebabnya kita buat kali ke sembilan dah kem ckd ini”

Alhamdulillah satunya sambutan yang cukup baik oleh pesakit-pesakit. Yag keduanya ia memberi kesan yang positif kepada mereka-mereka yang ada masalah buah pinggang ini,”katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut Dr Abd Aziz, pesakit perlu menyertai program itu selama dua minggu.

Katanya, jadual program itu disusun dengan baik dari pagi sehingga petang untuk pesakit tersebut.

Pesakit akan didedahkan tentang cara pemakanan yang betul serta diberikan rawatan alternatif mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Manfaatnya yang pertama sekali adalah mereka lebih jelas lagi apakah jenis makanan dan minuman yang boleh diambil oleh orang CKD ini dan paling kurangnya mereka masih ada harapan untuk pulih sepenuhnya tanpa menjalani dialisis. Yang keduanya manfaatnya dari segi kesihatan badan dia, dia akan jadi lebih sihat kerana apa kerana kita selesaikan masalah kesihatan dia contohnya katakanlah dia ni sembab kaki dia sembab punggung dia sembab jadi kita bagi ubat untuk mengeluarkan air dari badan dia jadi dia lebih selesalah tak ada semput apa semua,”katanya.

Prof. Dr. Abd Aziz memberi penerangan tentang pemakanan bagi pesakit CKD

Beliau berkata, pesakit juga akan diberikan rawatan bekam serta kursus bekam.

Katanya, secara tidak langsung mereka dapat mempelajari dan membuat bekam kepada diri mereka sendiri.

Menurutnya, mereka juga diberi pendedahan untuk cara masakan yang betul kepada pesakit CKD dalam kelas masakan yang disediakan semasa program berkenaan.

Dr. Abd Aziz berharap selepas menjalani program berkenaan, pesakit akan lebih sihat berbanding sebelum ini.

Sementara itu team imedikel tv juga berkesempatan menemu bual pesakit yang menyertai program berkenaan.

Farid Nazari, yang menetap di Puchong, Selangor berkata dia mengetahui tentang program berkenaan melalui media sosial.

“Saya baru disahkan menghidap CKD pada tahap 5 bulan lepas jadi doktor sarankan saya buat dialisis buat tapak apa semua jadi bila saya jumpa Prof Abd Aziz saya jumpa review banyak yang positif saya cubalah datang kesini”

“Buat masa ni untuk 2 hari saya buat rawatan alhamdulillah saya gembira lepastu bacaan darah tinggi agak stabil turun,”katanya.

Senada dengan Farid, Normizan, 44, dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur berkata, dia menyertai program ini selepas mengetahuinya melalui media sosial.

“Yang saya tahu tahun lepas saya buat operation mata pihak hospital kuala lumpur ada buat pemeriksaan darah iaitu saya ada problem ginjal lah dalam tahap empat lah”

“Alhamdulilah saya juga risau dengan masalah ckd ni sebenarnya, sebab dalam tiga bulan yang lepas, saya ada follow up dengan pihak hospital juga memang dia ada cadangan untuk minta saya buat tapak, tapi saya mintak postpone dulu sebab saya cakap nak buat ikhtiar dekat luar maksudnya saya bagitahulah saya nak pergi ke neo medicare ni untuk tengok cuba macam mana,”katanya.

Normizan berharap dengan menyertai program berkenaan dan mengapplikasikannya selepas itu, dia dapat pulih daripada ckd tahap empat ke tahap yang lebih rendah.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here