Keputihan adalah keadaan yang umum terjadi pada wanita.
Namun, sekiranya keputihan dialami dengan gejala seperti gatal, bau tidak wangi, atau perubahan warna, ianya boleh menjadi tanda adanya masalah kesihatan.
Berikut beberapa cara untuk mengatasi masalah keputihan:
1.Jaga kebersihan pada kawasan alat kelamin.
– Cuci alat kelamin dengan air bersih setiap hari.
– Hindari penggunaan sabun wangi atau produk pembersih yang mengandungi bahan kimia keras.
2.Memakai pakaian dalam yang betul.
– Gunakan pakaian yang dapat menyerap keputihan.
– Elakkan penggunaan pakaian dalam yang terlalu ketat.
3.Ganti pakaian dalam secara teratur
– Ganti pakaian dalam setidaknya sekali sehari atau lebih kerap jika bersukan.
4.Elakkan penggunaan ‘pantyliners’ setiap hari
– Penggunaan pantyliners secara terus-menerus dapat membuat kawasan alat kelamin lebih berisiko.
5.Kawal pola makan
-Makan makanan yang sihat dan seimbang.
6.Mendapatkan nasihat doktor
– Sekiranya keputihan dialami dengan gejala yang tidak biasa, sebaiknya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis.
Walaubagaimanapun, wanita perlu menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan kerana ianya adalah langkah penting untuk mencegah dan mengatasi masalah keputihan.
IMedikel TV






