Home Buletin Semasa RAKYAT KELANTAN REDAH HUJAN DEMI SOLIDARITI KEPADA PALESTIN

RAKYAT KELANTAN REDAH HUJAN DEMI SOLIDARITI KEPADA PALESTIN

149
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Cuaca hujan lebat yang membasahi bumi tidak mematahkan semangat orang ramai untuk berhimpun bagi menyertai himpunan solidariti Palestin di Stadium Muhammad ke IV, pada Sabtu.

Sekitar 7,000 rakyat Kelantan dari pelbagai lapisan masyarakat hadir tanpa halangan untuk menzahirkan sokongan serta solidariti kepada warga Palestin.

Himpunan itu menjadi semakin meriah apabila orang ramai bersatupadu dalam mengibarkan bendera Palestin walaupun dalam hujan lebat.

Fazlisham Fauzi, 28, dari Bachok yang turut menyertai himpunan itu menyifatkan semangat dirinya dalam menyokong saudara seislam di Palestin.

“Tujuan hadir adalah untuk memberi semangat kepada saudara seislam kita di Palestin dan memberi sumbangan sedikit sebanyak kepada mereka.

“Kalau boleh kita sampai di sana kita pun ingin berjihad juga tapi kerana keadaan semasa tidak mengizinkan,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Himpunan Solidariti Palestin Peringkat negeri Kelantan di sini, pada sabtu.

Fazlisham pada masa yang sama menyeru seluruh umat Islam di negara ini supaya terus menyokong dan mendoakan kesejahteraan Palestin.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here