Home Luar Negara PUSAT TAHANAN IMIGRESEN MEXICO-AS TERBAKAR

PUSAT TAHANAN IMIGRESEN MEXICO-AS TERBAKAR

168
0

MEXICO: Dua individu kelihatan sebagai pengawal melintasi bilik tahanan di mana kelihatan seorang PATI meminta bantuan tetapi mereka tidak membuka pintu bilik tahanan, sebaliknya terus berlari menyelamatkan diri manakala api bertambah marak dan asap makin tebal.

Ini menyebabkan asap memenuhi bilik tahanan, menyebabkan 40 mangsa terkorban, dengan kesemua kejadian itu direkodkan kamera litar tertutup (CCTV), di pusat tahanan yang ketika itu difahamkan menahan 68 tahanan lelaki dari Amerika Selatan.

Selain itu, 29 mangsa lagi cedera dan berada dalam keadaan kritikal, menurut institut imigresen kebangsaan.

Beberapa jam kemudian, barisan mayat diletakkan di luar pusat tahanan imigresen in Ciudad Juarez, yang terletak di seberang sempadan as dari El Paso, Texas, yang menjadi lintasan utama pati.

Angka korban dan kecederaan itu dilaporkan institut migrasi kebangsaan Mexico (INM) semalam susulan kebakaran yang berlaku di pusat tahanan itu, namun tidak mengulas lanjut.

Menteri dalam negeri Mexico, Adán Augusto López, mengesahkan kesahihan rakaman CCTV berkenaan dalam satu temu bual dengan wartawan tempatan, Joaquín López Doriga.

Pejabat peguam negara Mexico mengesahkan PATI yang maut adalah dari Guatemala, Honduras, El Salvador, Venezuela, Colombia dan Ecuador, manakala menteri luar Guatemala, Mario Búcaro, berkata 28 yang maut adalah warga Guatemala.

Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador, berkata pati terbabit memulakan kebakaran tanda protes selepas mengetahui mereka akan dihantar pulang ke negara asal.

Kebanyakan PATI terbabit sedang menunggu temu janji dengan pihak berkuasa AS berhubung permohonan suaka mereka ketika ditahan pihak berkuasa Mexico, yang kemudian memenjarakan semua PATI lelaki dan membebaskan wanita serta kanak-kanak.

Suasana tegang menyelubungi kawasan lintasan sempadan AS-Mexico, terutama di Ciudad Juarez, sejak kebelakangan ini, selepas dibanjiri ribuan warga amerika selatan yang mahu mencari kehidupan lebih baik di AS. lebih 30 pusat perlindungan PATI dan pertubuhan kebajikan lain menulis surat terbuka pada 9 Mac lalu mengadu mengenai jenayah menyasarkan PATI dan pemohon suaka di bandar terbabit.

Sumber: Harian Metro & AFP

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here