Home Luar Negara PULUHAN TAHUN IKAT PERUT HINGGA SIMPAN RM1.8 JUTA, AKHIRNYA SENDIRIAN TANPA ISTERI

PULUHAN TAHUN IKAT PERUT HINGGA SIMPAN RM1.8 JUTA, AKHIRNYA SENDIRIAN TANPA ISTERI

TOKYO: Harta berjuta ringgit yang dikumpul hasil mengikat perut puluhan tahun akhirnya tidak membawa sebarang makna buat seorang warga emas apabila isteri tercinta pergi buat selamanya.

Memetik laporan South China Morning Post, kisah pilu lelaki berusia 67 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Suzuki itu menyentuh hati ramai selepas tular di media sosial membuatkan ramai yang turut sama insaf.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, keperitan hidup sejak kecil dalam keluarga miskin menjadi pendorong buat Suzuki untuk berjimat cermat, malah dia mula bekerja sambilan di restoran sejak di bangku sekolah lagi.

Disiplin itu diteruskan sehingga dewasa.

Demi menyimpan setiap sen, dia sanggup menyewa flat murah jauh dari pejabat dan tidak pernah jemu membawa bekal ke tempat kerja setiap hari.

Bayangkan, sepanjang hidupnya dia tidak pernah merasa makan di restoran, jarang menggunakan pendingin hawa dan hanya berjalan atau berbasikal untuk bergerak.

Jodohnya tiba dengan seorang rakan sekerja yang memahami cara hidupnya.

Namun, kebahagiaan keluarga tetap sederhana dengan aktiviti riadah mereka hanyalah berkelah di taman berhampiran.

Malah, sehingga ke hari tuanya, Suzuki dan keluarga tidak pernah memiliki rumah atau kereta sendiri demi memastikan wang simpanan tidak diusik.

Hasil jerih perihnya, Suzuki berjaya mengumpul aset bernilai 65 juta yen (kira-kira RM1.83 juta) selepas melaburkan sebahagian wang pencennya.

Baginya ketika itu, wang simpanan adalah jaminan untuk sebarang kecemasan dan bekalan di hari tua.

Namun, takdir Tuhan tiada siapa menduga. Tidak lama selepas bersara, isterinya jatuh sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun, meninggalkan Suzuki sendirian bersama hartanya.

Kini, hanya penyesalan yang membelenggu jiwanya. “Apa makna hidup jika hanya tinggal wang?” rintihnya, terkilan kerana tidak sempat membahagiakan isterinya dengan menikmati hasil simpanan mereka bersama-sama.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here