Home Luar Negara TAUFAN BUALOI: VIETNAM AKAN PINDAH 250,000 PENDUDUK, TUTUP LAPANGAN TERBANG

TAUFAN BUALOI: VIETNAM AKAN PINDAH 250,000 PENDUDUK, TUTUP LAPANGAN TERBANG

HANOI: Vietnam akan untuk memindahkan lebih 250,000 penduduk dari kawasan pantai pada Ahad susulan Taufan Bualoi, yang dijangka melanda kawasan tengah Vietnam yang terkenal dengan pengeluaran keluli itu.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, taufan itu, yang juga taufan ke-10 melanda Vietnam tahun ini kini berada di laut dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam (80 batu sejam) dan dijangka mendarat pada jam 7 malam (1200 GMT), menurut agensi kaji cuaca negara.

Bandar terbesar di Vietnam Tengah, Danang, merancang untuk memindahkan lebih 210,000 penduduk, lapor media kerajaan.

Sementara itu, lebih 32,000 penduduk Hue yang tinggal berhampiran pantai juga akan dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Di Ha Tinh, yang dikenali sebagai hab pengeluaran keluli utama, lebih 15,000 penduduk akan dipindahkan ke sekolah dan pusat perubatan yang ditukar menjadi pusat perlindungan sementara, menurut pihak berkuasa.

Hampir 117,000 anggota tentera sudah digerakkan.

Empat lapangan terbang domestik ditutup, dan semua bot nelayan diarahkan pulang ke pelabuhan.

“Saya rasa agak bimbang tetapi tetap berharap semuanya akan baik selepas ini. Kami semua selamat selepas taufan Kajiki baru-baru ini.

“Saya harap taufan kali ini tidak berapa teruk,” kata Nguyen Cuong, 29 tahun, penduduk Bandar Ha Tinh kepada AFP.

Taufan itu dijangka membawa angin sekitar 133 kilometer sejam semasa mendarat pada malam Ahad, menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan Vietnam di laman webnya.

“Taufan ini yang bergerak pantas dengan kekuatan sangat tinggi dan kawasan kesan yang luas, berpotensi menyebabkan pelbagai bencana alam serentak seperti angin kencang, hujan lebat, banjir, tanah runtuh dan limpahan air laut ke daratan,”

kata Pengarah pusat itu, Mai Van Khiem, seperti yang dipetik media kerajaan.

Saintis memberi amaran taufan semakin kuat disebabkan oleh pemanasan global yang didorong oleh perubahan iklim akibat manusia.

Di Vietnam, lebih daripada 100 orang dilaporkan maut atau hilang akibat bencana alam dalam tujuh bulan pertama 2025, menurut Kementerian Pertanian.

Negara itu juga menanggung kerugian ekonomi sebanyak AS$3.3 bilion pada September tahun lalu akibat Taufan Yagi, yang melanda kawasan utara dan menyebabkan ratusan kematian.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here