Home Luar Negara POLIS TAHAN SUSPEK TEMBAKAN DI PUSAT PERUBATAN ATLANTA

POLIS TAHAN SUSPEK TEMBAKAN DI PUSAT PERUBATAN ATLANTA

135
0

ATLANTA: Polis menahan lelaki yang disyaki menembak seorang wanita dan mencederakan empat yang lain dalam kejadian tembakan di sebuah pusat perubatan di tengah bandar Atlanta sebelum melarikan diri pada Rabu.

Suspek dikenal pasti sebagai Deion Patterson, 24, bekas Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) disifatkan polis Atlanta sebelum ini sebagai bersenjata dan berbahaya, ditahan di pinggir bandar Cobb County, beberapa jam selepas kejadian berlaku di Northside Medical, kata pihak berkuasa.

Jabatan Polis Daerah Cobb mengumumkan penahanan itu di Twitter. Tiada butiran lanjut diberikan.

Polis Daerah Cobb sebelum ini berkata Patterson kali terakhir dikesan dalam imej yang dirakam sejurus selepas tembakan oleh kamera pengawasan di sekitar garaj tempat letak kereta.

Kesemua mangsa dalam serangan itu adalah wanita. Ketua Polis Atlanta Darin Schierbaum pada sidang media berkata terlalu awal untuk menentukan sama ada mangsa sengaja disasarkan, atau sama ada mereka pesakit atau pekerja.

Suspek bersenjata itu tiba di pusat perubatan bersama ibunya.

Pengawal Pantai AS berkata, Patterson menyertai pasukan itu pada Julai 2018 dan diberhentikan daripada tugas pada Januari dengan kali terakhir berkhidmat sebagai juruelektrik kelas kedua. Tiada alasan untuk dia dipecat.

Sumber: BH Online & Reuters

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here