Home Buletin Semasa POLIS NAFI SEBARANG TANGKAPAN ATAU RAMPASAN DI WAKAF KING

POLIS NAFI SEBARANG TANGKAPAN ATAU RAMPASAN DI WAKAF KING

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Polis menafikan sebarang tangkapan atau rampasan barang salah dalam pemeriksaan sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Wakaf King, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat itu dijalankan kira-kira jam 4 petang, Rabu lalu.

Menurutnya, pemeriksaan berkenaan dilakukan berdasarkan maklumat diterima pihak polis bagi mengesan seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam aktiviti berkaitan dadah.

Beliau berkata, pemeriksaan dijalankan oleh pegawai dan anggota polis terlibat mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, tiada tangkapan dibuat terhadap mana-mana individu dan tiada sebarang barang salah atau bahan terlarang dirampas di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan hantaran tular di media sosial berkaitan pemeriksaan sebuah rumah di Kampung Wakaf King, Tumpat.

Sehubungan itu, IPD Tumpat menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak berasas kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai juga diminta merujuk kepada pihak polis bagi mendapatkan pengesahan berhubung sebarang maklumat berkaitan kejadian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here