Home Buletin Semasa POLIS KELANTAN BANTU THAILAND KESAN SUSPEK BOM STESEN MINYAK

POLIS KELANTAN BANTU THAILAND KESAN SUSPEK BOM STESEN MINYAK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Polis Kelantan membantu mengesan beberapa suspek dalam insiden pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang dipercayai meloloskan diri ke Malaysia. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berkenaan dikatakan melarikan diri pada hari pertama kejadian berdasarkan kenyataan daripada pihak berkuasa negara jiran.

“Kes ini masih dalam siasatan. Kita memang ada berhubung dengan pihak berkuasa Thailand.

“Kita akan cuba membantu mereka sekiranya ada,”katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya sudah menggerakan pasukan cawangan khas bagi membantu mengesan suspek.

Media sebelum ini melaporkan sebahagian daripada kumpulan yang melakukan pengeboman 11 stesen minyak di Narathiwat dipercayai melarikan diri ke Malaysia selain bersembunyi di kawasan pergunungan dan hutan berhampiran sempadan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here