Home Buletin Semasa POLIS BANTU THAILAND KESAN BRN

POLIS BANTU THAILAND KESAN BRN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi membantu mengesan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) berhubung kon­flik di Wilayah Selatan Thailand.

Ia susulan kejadian letupan di tiga wilayah tersebut pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata PDRM akan mendapatkan maklumat lanjut dan membantu pihak berkuasa Thailand bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Sebelum ini, kita juga sudah menerima senarai nama individu berkaitan dan akan sentiasa membantu dari semasa ke semasa.

“Jadi kita akan menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut untuk membantu pihak berkuasa Thailand bagi menyelesaikan isu itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Pangkalan Lubok Gong, di sini hari ini

Terdahulu Mohd Khalid diiring Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Semalam media melaporkan Barisan Revolusi Nasional (BRN) Melayu Patani tetap de­ngan pendirian untuk menuntut autonomi secara menyeluruh sebagai jalan penyelesaian kon­flik di wilayah Selatan Thailand.

Seorang bekas pemimpin tertingginya berkata, jika terdapat sebarang rundingan dengan kerajaan Thailand selepas ini bertujuan meredakan ketega­ngan di kawasan itu, BRN tetap berpegang kepada pendirian untuk mendapatkan autonomi.

Beliau pada masa sama menjangkakan, kerajaan Thailand akan membawa konflik yang berlaku di wilayah Selatan Thailand kembali ke meja rundi­ngan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here