Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai produk kosmetik di pengkalan haram Sotar, di sini, pada Ahad.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dalam kenyataan hari ini, berkata rampasan itu dilakukan kira-kira jam 2.00 petang oleh Batalion 7 menerusi Op Taring Wawasan.
“Polis menunggu selama 30 minit tetapi tiada siapa datang menuntut produk kosmetik tersebut. Produk ini disyaki untuk dijual di pasaran tempatan.
“Anggaran rampasan bernilai RM44,000 dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya,’katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
IMedikel TV






