Home Buletin Semasa KES ZARA QAIRINA: HENTI SEBAR MAKLUMAT TIDAK SAHIH DI MEDIA SOSIAL –...

KES ZARA QAIRINA: HENTI SEBAR MAKLUMAT TIDAK SAHIH DI MEDIA SOSIAL – MCMC

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius gesaan Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara agar orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih berkaitan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Dalam kenyataan MCMC hari ini memaklumkan penyebaran gambar, video, atau sebarang maklumat yang belum disahkan bukan sahaja boleh mengguris perasaan ahli keluarga, malah bercanggah dengan nilai etika, serta berpotensi melanggar undang-undang sedia ada.

“MCMC turut mengulangi peringatan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil agar semua pihak menghormati siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa dan tidak membuat sebarang spekulasi yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Penyebaran maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,”menurut kenyataan itu.

Zara Qairina, 13, adalah pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama tingkat tiga.

Arwah Zara disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada 17 Julai lalu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here