Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 9,200 ANAK POKOK SELUDUP BERNILAI RM1.8 JUTA

PGA RAMPAS 9,200 ANAK POKOK SELUDUP BERNILAI RM1.8 JUTA

148
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Sebanyak 9,200 pelbagai anak pokok bernilai RM1.8 juta dirampas di Kampung Kedap, di sini, pada Sabtu.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid, berkata sepasukan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) turut menahan seorang lelaki yang memandu lori dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 11.00 pagi semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 4700 pokok puding, 800 pokok Masjutik Batik, 1000 pokok Masjutik Hijau, 1000 pokok Thong Urai, 500 pokok Olandor dan 1200 pokok Sandpaper dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut.

“Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit. Suspek berumur 41 tahun dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke Melaka,”katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here