Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 7KG GANJA BERNILAI LEBIH RM200,000

PGA RAMPAS 7KG GANJA BERNILAI LEBIH RM200,000

419
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV


KOTA BHARU: Pasukan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan pengedaran dadah selepas menemui lebih tujuh kilogram ganja dalam serbuan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Tok Pelanduk, Pasir Mas, kelmarin.

Dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Briged Tenggara PGA, operasi tersebut dijalankan sekitar jam 11.30 pagi, pada Khamis menerusi Op Taring Wawasan hasil maklumat risikan berhubung aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati rumah yang diserbu kosong dan tidak berpenghuni, namun hasil pemeriksaan lanjut di luar premis membawa kepada penemuan sebuah guni berisi 7.05 kilogram bunga ganja,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pasukan operasi menunggu selama lima jam di lokasi bagi mengesan pemilik atau individu yang mungkin datang menuntut barangan tersebut, namun malangnya tiada individu yang datang menuntut.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM254,000, dan semua barangan yang dirampas dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut,”menurut kenyataan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here