Home Buletin Semasa PESTA ‘MMUKAT’ PANTAI 2025 JADI TARIKAN BAHARU PELANCONGAN BACHOK

PESTA ‘MMUKAT’ PANTAI 2025 JADI TARIKAN BAHARU PELANCONGAN BACHOK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Ribuan pengunjung membanjiri Pantai Impian, Kemasin, sempena Pesta “Mukkat” Pantai 2025 yang berlangsung penuh meriah pada Sabtu.

Memetik kenyataan di Facebook Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, acara julung kali itu dianjurkan sebagai inisiatif baharu Kerajaan Negeri Kelantan untuk mempromosikan sektor pelancongan berasaskan warisan tradisi tempatan.

“Pertandingan memukat secara beramai-ramai menjadi tarikan utama pesta dengan penyertaan 10 kumpulan membabitkan pelbagai jabatan dan agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Daerah Bachok, Pusat Khidmat Dun Pantai Irama serta pemain industri pelancongan negeri,”menurut kenyataan itu.

Selain acara utama, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seni dan budaya seperti persembahan silat, dikir barat serta permainan gasing terbang yang memeriahkan lagi suasana.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor yang turut sama menyertai pertandingan mukkat bersama peserta.

“Tradisi mukkat adalah lambang kebersamaan masyarakat nelayan dahulu yang hidup penuh semangat gotong-royong. Hari ini kita kembalikan semangat itu dalam bentuk pesta pelancongan agar ia terus dikenang dan diwarisi oleh generasi akan datang,” menurut kenyataan itu.

Pesta “Mukkat” Pantai 2025 diharapkan menjadi acara tahunan yang mampu melonjakkan nama Bachok sebagai destinasi pelancongan warisan dan budaya di Kelantan, selaras dengan hasrat kerajaan memperkukuh sektor pelancongan negeri. IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here