Home Ulasan Wartawan PENYOKONG PUAS HATI HARIMAU MALAYA MENANG BESAR

PENYOKONG PUAS HATI HARIMAU MALAYA MENANG BESAR

201
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan IMedikel TV

Bahang kemenangan Harimau Malaya ke atas Papua New Guenia, semalam masih dirasai peminat bola sepak Malaysia.

Semalam, menyaksikan Harimau Malaya berpesta gol di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, membelasah Papua dengan 10-0.

Seorang peminat bola sepak, Faiz, 35, dari Pasir Mas sanggup meredah 3 jam perjalanan ke Kuala Terengganu demi menyaksikan perlawanan bola sepak semalam.

Faiz dan dua rakannya berkata berbaloi datang dari jauh.

“Puas hati. Sebagai penyokong Malaysia, saya sangat gembira untuk melihat sejarah jaringan terbesar 10 gol pada malam tadi.

“Memang berbaloi la, tak sia-sia datang jauh-jauh nak bagi sokongan kepada team kita,” katanya ketika dihubungi.

Faiz bersama dua rakannya bertolak dari Kelantan ke Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang semalam.

Salini Salleh, 39, berkata walaupun hanya sekadar menyaksikan perlawanan semalam di kaca televisyen, namun bahangnya seakan-akan di stadium.

Semoga terus mengaum Harimau Malaya, Salini Salleh

“Kali ini saya bersama suami hanya menonton perlawanan di TV. Kalau sebelum ini, memang kami akan turun padang menyaksikan perlawanan, sama ada menang atau kalah tu biasa, janji kita support team Malaysia.

“Bagi saya, inilah yang prlu Harimau Malaya kekalkan dalam mana-mana perlawanan lepas ni. Keserasian, kesefahaman, perpaduan serta taktikal di atas padang yang mantap macam perlawanan malam tadi, Syabas juga kepada coach, Kim Pan Gon. Semoga terus mengaum Harimau Malaya,” katanya mengakhiri sesi temubual.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here