Home Buletin Semasa PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS

71
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sendiri dalam kemalangan di Jalan Ladang Serasa, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima makluman kejadian pada jam 8.20 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Paloh 3 menuju ke tempat kerjanya di Ladang Serasa.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum motosikalnya terbabas ke bahu kanan jalan.

“Akibat kejadian itu, motosikal berkenaan menimpa mangsa yang terjatuh ke dalam longkang di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang sebelum dibawa ke Bahagian Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here