Home Buletin Semasa PENGGUNAAN RANGKAIAN 5G CAPAI 85 PERATUS DI MALAYSIA

PENGGUNAAN RANGKAIAN 5G CAPAI 85 PERATUS DI MALAYSIA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel Tv

KOTA BHARU: Penerimaan bagi penggunaan rangkaian liputan 5G di Malaysia kini mencapai sasaran 85 peratus.

Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Rodzi Md Saad berkata ini termasuk dalam inisiatif untuk melonjakkan kemajuan negara bagi aspek pendigitalan.

“Kita sedang bergerak ke arah ini dan perlu pastikan negara ini mempunyai liputan 5G yang betul-betul baik berkesan dan cekap untuk menyediakan negara ke arah itu.

“Mari kita mengorak langkah menggunakan 5G ini mempermodenkan aktiviti ekonomi kita.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Jelajah Saya Digital (JSD), di Aeon Mall, di sini, hari ini.

Dari kiri Ketua Pemacu Industri Digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Wan Murdani Wan Mohamad, kedua kiri Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Tuan Hilmi Abdullah, dari kanan Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Rodzi Md Saad dan kedua kanan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN), Tuan Mohamad Nazwan Ismail.

Jelasnya, liputan 5G didapati penting bukan sahaja bagi perhubungan antara telefon, tetapi ia mempunyai fungsi lebih besar dalam beberapa industri.

Namun katanya, masih ramai rakyat di Malaysia belum sedar akan peluang dalam penggunaan rangkaian 5G yang menyebabkan kurang memuaskan dalam industri masa kini.

“Jadi bila industri besar sudah mula menggunakan, kita kena mula sekarang supaya ia lebih komprehensif di semua peringkat seluruh negara.

“Saya ambil contoh bagaimana petani boleh menggunakan drone bila mana ada 5G yg baik. Drone boleh memantau tanaman samaada tanaman itu rosak atau pembajaan, pengesanan dan sebagainya,” katanya.

Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Rodzi Md Saad bersama Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Tuan Hilmi Abdullah, melawat booth pada Program Jelajah Saya Digital (JSD) di Aeon Mall, di sini, hari ini.

Turut hadir merasmikan program tersebut Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Tuan Hilmi Abdullah, Ketua Pemacu Industri Digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Wan Murdani Wan Mohamad.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here