Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail menghembuskan nafas terakhir akibat kanser usus pada jam 2.40 pagi tadi.
Allahyarham dikhabarkan meninggal dunia oleh anak saudaranya Ahmad Danial Asyee ketika sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Al-Baqi Mukim Mujur, Jelawat pada jam 9.00 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuin Pasir, di Jelawat, Bachok.
Allahyarham mula berkhidmat sebagai Pengarah KPDN Kelantan sejak 2023 kini meninggalkan seorang isteri dan lima anak.
Allahyarham sebelum ini ditidurkan sejak seminggu lalu akibat komplikasi penyakit kanser usus dan berada dalam pemantauan dan rawatan sejak beberapa bulan yang lalu.
IMedikel TV






