Home Buletin Semasa PENERIMA SKIM ASE BERSYUKUR TERIMA MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN ISTERI

PENERIMA SKIM ASE BERSYUKUR TERIMA MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN ISTERI

206
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: “Saya bersyukur kerana mendapat manfaat khairat kematian hasil caruman dalam Ahli Skim Emas (ASE), sedikit sebanyak dapat membantu saya dan anak-anak apabila ketiadaan arwah isteri,” kata penerima skim ASE.

Penerima tersebut, Fakhruzzaman Ghazali, 41, berkata menerusi caruman bulanan, beliau mendapat manfaat selepas kematian isterinya Roslinda Mohd Razali, 43 akibat jangkitan kuman setelah disahkan menghidap ketumbuhan dalam kepala pada April lepas.

“Saya membayar RM35 sebulan sejak Jun tahun lalu dan bercadang menggunakan wang khairat kematian RM52,003.60 untuk pendidikan dua anak yang masih bersekolah.

“Sebelum ini, arwah isteri tidak mengalami tanda sakit kecuali sakit kepala sehingga disahkan menghidap penyakit dengan saiz ketumbuhan 4 sentimeter (cm) dan tidak sempat membuang ketumbuhan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima wang khairat kematian, di Tunjong, di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga merupakan seorang guru Sejarah di Sekolah Kebangsaan (SK) Redang, manakala arwah isterinya mengajar subjek Matematik dan Bahasa Melayu di SK Penambang.

Tambahnya, sehingga kini beliau tetap menjaga kedua anaknya, Afreena Qaleesya, 12 dan Afreena Zaheera, 7 bersama keluarga.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here