Home Sukan PENALTI OLISE BANTU PALACE IKAT MAN CITY

PENALTI OLISE BANTU PALACE IKAT MAN CITY

187
0
Soccer Football - Premier League - Manchester City v Crystal Palace - Etihad Stadium, Manchester, Britain - December 16, 2023 Crystal Palace's Michael Olise celebrates scoring their second goal with David Ozoh and Naouirou Ahamada REUTERS/Carl Recine

MANCHESTER: Pep Guardiola menyelar persembahan Manchester City yang membenarkan Crystal Palace bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu 2-2.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Michael Olise menyempurnakan sepakan penalti di akhir permainan untuk memastikan Palace dan City berkongsi mata di Stadium Etihad.

City kendalian Guardiola mendahului permainan menerusi Jack Grealish pada babak pertama dan Rico Lewis menambah jaringan selepas rehat.

Bagaimanapun juara treble itu dikejutkan dengan gol Jean-Philippe Mateta dan jaringan penalti Olise dalam masa kecederaan.

City hanya menang sekali dalam enam aksi terakhir liga, turut seri dengan Chelsea, Liverpool dan Tottenham serta tewas kepada Aston Villa sebelum menang 2-1 di Luton.

Ia adalah perlawanan terakhir mereka sebelum berangkat ke Arab Saudi untuk aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab.

Keputusan seri itu mengekalkan City di tangga keempat liga, tiga mata di belakang pendahulu, Liverpool, yang akan bertemu Manchester United awal pagi esok.

“Aksi menentang Spurs, Liverpool, hari ini, sangat cemerlang, tetapi kami tidak mampu memenangi perlawanan-perlawanan ini.

“Apa yang berlaku ialah kami tidak cukup konsisten untuk menang, dan banyak faktor lain. Anda perlu berhati-hati di dalam kotak penalti, tetapi kami tidak. Kami tidak berhak menang,” kata Guardiola.

Misi City untuk memburu kejuaran liga keempat berturut-turut kini dalam bahaya, tetapi musim lalu mereka memintas Arsenal di saat akhir walaupun ketinggalan lapan mata pada satu ketika.

City berdepan kelab Jepun, Urawa Red Diamond pada aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab di Jeddah pada Selasa, dengan final akan berlangsung pada Jumaat. – AFP-BH ONLINE-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here