Home Sukan KL CITY,SRI PAHANG KONGSI MATA

KL CITY,SRI PAHANG KONGSI MATA

209
0

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City dan Sri Pahang menutup saingan Liga Super musim ini dengan berkongsi satu mata apabila terikat tanpa jaringan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Memetik laporan menerusi berita harian,Kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan jaringan sepanjang babak pertama meskipun beberapa gerakan dan percubaan berjaya dilakukan.

KL City terlepas peluang keemasan untuk berada di hadapan pada minit ke-68 apabila percubaan Patrick Reichelt di dalam kotak penalti tidak menepati sasaran ketika penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin sudah pun tertewas.

Empat minit kemudian, nasib sekali lagi tidak memihak kepada skuad City Boys selepas rembatan deras dari luar kotak penalti yang dilakukan kapten, Paulo Josue pula sekadar menggegar palang.

Kegagalan mencipta jaringan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata dalam aksi terakhir Liga Super musim ini.

Keputusan itu menyaksikan KL City naik ke tangga keenam dengan mengumpul 38 mata keseluruhan, hanya satu mata di hadapan Terengganu yang akan menentang Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, esok.

Sementara itu, Sri Pahang yang tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini kekal di kedudukan kelima dengan memungut 45 mata.-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here