Home Sukan PEMAIN BERI LEBIH DARIPADA YANG SAYA MINTA – PAN-GON

PEMAIN BERI LEBIH DARIPADA YANG SAYA MINTA – PAN-GON

KUALA TERENGGANU: Disiplin yang tinggi serta pemain memberikan komitmen lebih 100 peratus menjadi resepi kejayaan Selangor FC menumbangkan Terengganu FC (TFC) pada aksi kedua Liga Super malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, kebijaksanaan pemain yang berjaya memanfaatkan peluang terhidang selain mereka kental bertahan turut menjadi faktor kemenangan 3-0 skuad Red Giants itu biarpun beraksi di tempat lawan.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu, tiga jaringan pada babak kedua menerusi dua gol Chrigor Moraes dan satu gol menerusi Kay Tejan memastikan Selangor FC berjaya melakar dua kemenangan berturut-turut di tempat lawan.

Ketua jurulatihnya, Kim Pan-gon akui beliau antara orang yang paling gembira selepas anak buahnya berjaya menyerap tekanan beraksi di hadapan lebih 11,000 peminat fanatik TFC pada perlawanan yang dilihat sengit menentang ‘gergasi’ Pantai Timur itu.

Jelas jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, beliau sudah menjangkakan aksi berintensiti bakal disajikan kedua-dua pasukan selepas masing-masing melakar kemenangan pada aksi pertama liga pada minggu lalu.

“Apa yang pemain berikan sebenarnya lebih daripada apa yang saya minta, mereka menampilkan aksi yang sangat baik sehingga berjaya menjaringkan tiga gol di tempat lawan.

“Sudah pasti saya begitu bangga dengan corak permainan yang diperagakan semua pemain. Ini kerana perlawanan berkenaan sangat sukar termasuk dari segi cuaca, namun pemain kami tetap melakukan tugas dengan baik.

“Lebih menggembirakan kami mereka begitu berdisiplin ketika menyerang dan bertahan, perubahan taktikal pada babak kedua menyaksikan kami pulang dengan ceria,” ujar Pan-gon ketika ditemui selepas tamat perlawanan malam tadi. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here