Home Hiburan JOEY BPR MENINGGAL DUNIA

JOEY BPR MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan rock popular era 1980-an, Bumiputra Rockers, iaitu Joey, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, pagi tadi.

Berita sedih ini disampaikan isterinya, Zarinah Zainal kepada Harian Metro (HM).

“Assalamualaikum w.b.t. Saya, isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu bahawa Johari telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Ogos 2026, jam 8.11 pagi di HKL, sebentar tadi.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Zarinah berkata, Allahyarham Joey membuat persembahan di Laman Santai, Istana Budaya (IB) di sini, semalam dengan menyanyikan dua lagu. Beliau kemudian rebah lalu dikejarkan ke HKL oleh ambulans. 

“Setibanya di hospital doktor sahkan ada pendarahan. Arwah juga ada komplikasi jantung tersumbat. 

“Benda ini berlaku terlalu cepat. Joey sangat baik orangnya. Saya bertuah dapat dia. Harap sedekahkan al-Fatihah buatnya,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here