Home Buletin Semasa PAKAR DALAM BIDANG ANESTHESIA HADIR KONGRES ILMIAH TAHUNAN YANG KE 61

PAKAR DALAM BIDANG ANESTHESIA HADIR KONGRES ILMIAH TAHUNAN YANG KE 61

187
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melancarkan Garis Panduan Penggunaan Ubat yang selamat dalam bius (Anesthesia) di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Menurut beliau dalam suatu kenyataan, pakar-pakar dalam bidang bius (Anesthesia) dari seluruh Negara dan juga antarabangsa seperti negara Thailand, Korea Selatan dan Australia berkumpul di ibu Negara bagi menghadiri Kongres Ilmiah Tahunan yang ke 61 anjuran bersama Malaysian Society of Anaesthesiologists (MSA) dan College of Anaesthesiologists (CoA), Academy of Medicine of Malaysia.

“Penglibatan pakar bius dalam penjagaan kesihatan adalah menyeluruh. Tiga inisiatif yang signifikan telah dilancarkan di Majlis Perasmian kongres ini, antaranya Garis Panduan Penggunaan Ubat yang selamat dalam Bius, Kenyataan MSA-CoA tentang ‘Sokongan Rakan Sebaya Selepas Peristiwa luar jangka: Tumpuan kepada Mangsa Kedua dan memperkasakan kanak-kanak dengan kemahiran menyelamatkan nyawa dengan mempelajari kemahiran resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali sebagai (CPR).

“Tema kongres bagi tahun ini adalah “MyAnaesthesia 2024: Where Science Meets Art”. Dalam ucapan perasmian, YB Menteri Kesihatan berkata sains dan seni menggariskan pendidikan dan latihan yang luas yang diperlukan untuk melayakkan diri dalam bidang ini. Di Malaysia, untuk menjadi pakar bius, seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 tahun latihan kepakaran pasca siswazah, dan tambahan 3 tahun untuk latihan subkepakaran,”katanya dalam suatu kenyataan.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Presiden Malaysian Society of Anaesthesiologists (MSA), Datuk Dr Yong Chow Yen, dan Presiden College of Anaesthesiologists (CoA), Academy of Medicine of Malaysia. Prof Dr Ina Ismiarti Shariffuddin. – KKM-

IMedikel TV



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here