Home Buletin Semasa OP SOGA XI: PDRM TAHAN 331 SUSPEK JUDI HARAM, RAMPAS PERTARUHAN LEBIH...

OP SOGA XI: PDRM TAHAN 331 SUSPEK JUDI HARAM, RAMPAS PERTARUHAN LEBIH RM2.6 JUTA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 331 individu menerusi Op Soga XI yang dilancarkan secara bersepadu di seluruh negara bagi membanteras kegiatan pertaruhan sukan tanpa lesen dan perjudian dalam talian sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar berkata, sehingga kini sebanyak 293 serbuan telah dijalankan di seluruh negara yang membawa kepada penahanan 331 suspek, terdiri daripada 312 lelaki dan 19 wanita.

“Daripada jumlah itu, seramai 234 adalah warga tempatan manakala 97 lagi merupakan warga asing yang disyaki terbabit dalam aktiviti pertaruhan haram dan perjudian dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RM145,005.09 selain merekodkan nilai pertaruhan sebanyak RM2,625,529.46,”katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata dalam operasi sama, sebanyak 185 platform perjudian yang meliputi laman web, aplikasi dan media sosial dikesan digunakan bagi menjalankan aktiviti pertaruhan bola sepak serta mempromosikan perjudian.

“Tindakan menyekat laman web dan menurunkan kandungan berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pertaruhan 1953, manakala warga asing yang didapati berada di negara ini tanpa dokumen sah turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,”katanya.

Beliau berkata selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah siasatan juga akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Operasi tersebut dilaksanakan mulai 11 jun 2026 sehingga 19 julai 2026 bersama pelbagai agensi berkepentingan terutamanya SKMM dalam memantau aktiviti promosi dan pengiklanan perjudian melalui laman sesawang dan platform media dengan kerjasama strategik sosial.

PDRM menegaskan akan terus mempergiatkan operasi dan penguatkuasaan menerusi kerjasama strategik bersama agensi berkaitan 

“Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras kegiatan ini,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here