Home Luar Negara NAK SELAMATKAN KUCING, TIGA KERETA KEMALANGAN DI AS

NAK SELAMATKAN KUCING, TIGA KERETA KEMALANGAN DI AS

134
0

LOS ANGELES: Tindakan dua orang yang berhenti di lebuh raya semata-mata untuk menyelamatkan seekor anak kucing menyebabkan tiga kenderaan kemalangan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, anak kucing itu hilang sebelum dapat diselamatkan.

Menurut Pegawai Peronda Lebuh Raya California, Javier Navarro, pasangan itu melihat anak kucing berkenaan ketika memandu ke timur dengan Lebuhraya 91 berhampiran Los Angeles.

Katanya, pemandu wanita itu turun dari keretanya dan selepas itu terus mencari kucing itu dengan memperlahankan kelajuan hingga 56 kilometer sejam di laluan ‘berkongsi kereta’.

“Apabila menemui haiwan itu, penumpang lelaki itu terus keluar dan menangkap kucing hingga menghalang lalu lintas, menyebabkan banyak kereta terhenti seketika.

“Berikutan tindakan memberhentikan kereta secara kecemasan, kereta yang muncul di belakang terpaksa membelok ke kiri, manakala kenderaan seterusnya membelok ke kanan untuk mengelak pejalan kaki dan merempuh sebuah trak,” katanya.

Sementara itu, katanya, lelaki yang memegang kucing itu melompat ke pembahagi tengah untuk keluar dari laluan kereta manakala kucing berkenaan terlepas dari tangannya.

“Tiga kenderaan rosak dalam kejadian itu, bagaimanapun tiada sesiapa yang cedera. Anak kucing itu selamat, tidak cedera dan berjaya menyeberangi sendiri,” katanya. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here