Home Sukan MUSIM KETIGA PALING BAGUS – POSTECOGLOU

MUSIM KETIGA PALING BAGUS – POSTECOGLOU

277
0

LONDON: Ange Postecoglou memberi isyarat yang dia mungkin akan kekal membimbing Tottenham Hotspur musim depan selepas kegemilangan Liga Europa musim ini.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Postecoglou menamatkan kemarau kejuaraan 17 tahun Spurs dengan kemenangan 1-0 ke atas Manchester United di Bilbao.

Bagaimanapun masa depannya masih menjadi tanda tanya dan pengerusi kelab, Daniel Levy belum membuat keputusan berkenaan kedudukan pengendali dari Australia itu.

Dalam ucapannya ketika perarakan bas meraikan kejuaraan semalam, Postecoglou berharap dia diberikan peluang untuk meneruskan musim ketiga bersama Spurs.

“Saya beritahu mereka dan mereka ketawa. Saya beritahu mereka dan mereka tidak percaya.

“Tetapi kita di sini sekarang kerana kumpulan yang luar biasa ini – kakitangan, wira-wira diketuai Son Heung-min, Romero, Maddison dan Vicario. Kesemuanya adalah wira. Mereka melakukannya untuk anda. Anda berhak mendapatkannya. Kelab berhak

“Biar saya beritahu anda sesuatu. Semua siri televisyen yang bagus, musim ketiga adalah lebih baik berbanding musim pertama dan kedua,” kata Postecoglou.

Kontrak Postecoglou masih berbaki setahun tetapi Levy dikatakan mahu mencari alternatif termasuk mendapatkan khidmat bos Fulham, Marco Silva.

Spurs berada di tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris musim ini menjelang perlawanan terakhir menentang Brighton. Mereka hanya mengutip 38 mata daripada 37 perlawanan walaupun mengumpul 63 gol liga. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here