LONDON: Bekas bintang tenis Britain, Andy Murray mengakui beliau ‘kecewa’ dengan keputusan yang dicapai Novak Djokovic sepanjang tempoh singkat berada dalam pasukan kejurulatihan bekas seterunya itu.
Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Murray menyertai staf kejurulatihan Djokovic pada November 2024, hanya tiga bulan selepas legenda Scotland berusia 38 tahun itu menggantung raket pada Sukan Olimpik Paris.
Namun kerjasama mereka hanya bertahan sekitar enam bulan, merangkumi Terbuka Australia 2025 dan tiga kejohanan lain.
“Saya mengenang kembali dan saya gembira melakukannya,” kata Murray kepada The Tennis Podcast.-AFP, HMetro Online-
IMedikel TV






