Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Aksi yang konsisten menjadi kelebihan buat Muhammad Sofee Muhammad untuk muncul juara Kejohanan Golf sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Kali Ke-45 Tahun 2026 di Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC), di sini.
Tempat kedua berpihak pada Edevaldo J Yapp, tempat ketiga, Dato’ Mohd Basri Abdul Manaf dan keempat, Muhammad Abdullah.
Seramai 28 pemain bermain 18 lubang dengan masing-masing mempamerkan kebolehan memburu pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan penganjur.
Menurut Muhammad Sofee, tidak banyak melakukan kesilapan antara faktor dia mampu menyerlah seterusnya muncul juara pada kejohanan kali ini. Tumpuan yang lebih sepanjang kejohanan turut menjadi kelebihan padanya.

“Cuaca panas sepanjang kejohanan antara cabaran yang terpaksa dihadapi pemain yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri termasuk jemputan.
“Selain memburu kejuaraan, kejohanan berkenaan turut dapat mengeratkan hubungan dikalangan pemain yang sebelum ini pernah beraksi bersama,” katanya
Turut bersaing pada kejohanan berkenaan ialah bekas Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Zahari Ibrahim.
Tidak ketinggalan beraksi pengarah negeri dan pegawai semua peringkat yang tampil dengan semangat kesukanan yang begitu menebal.
IMedikel TV






