Home Sukan MSN TANGGUNG KOS TAMBAHAN RM500,000 PINDAHKAN ATLET KE BANGKOK, CHONBURI

MSN TANGGUNG KOS TAMBAHAN RM500,000 PINDAHKAN ATLET KE BANGKOK, CHONBURI

54
0

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) bakal menanggung semua kos tambahan lebih RM500,000 membabitkan perpindahan atlet Kontinjen Malaysia ke Sukan Sea Ke-33 daripada wilayah selatan Thailand, Songkhla yang dilanda banjir, untuk membawa cabaran di Bangkok dan Chonburi.

Memetik laporan Harian Metro, kelulusan untuk menampung kos tambahan itu sudah dipersetujui dalam Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pada Isnin.

Keputusan itu bertujuan memastikan semua atlet negara daripada 10 jenis sukan, sama ada daripada Kategori A mahupun Kategori B.

Justeru, atlet mahupun mereka yang terbabit tidak perlu bimbang sehingga mampu menjejaskan fokus dan prestasi mereka akibat insiden luar jangka seperti yang dialami ketika ini.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here