Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Era media baharu perlu seiring dengan teknologi masa kini.
Sebelum wujudnya teknologi terbaru, wartawan menulis menggunakan mesin taip dan seterusnya beralih ke komputer dan juga komputer riba.
Namun, sebagai wartawan di zaman teknologi yang penuh cabaran, mereka perlu bergerak seiring.
Penceramahnya, Mohd Noor Iqram Rosli, berkata dalam ceramahnya bertajuk “Memahami Konsep Wartawan dan Teknologi”, ia sangat penting dalam dunia teknologi masa kini.
“Mobile Journalism atau MOJO adalah pelaporan wartawan dengan hanya menggunakan telefon pintar atau tablet.
“Selain daripada kamera, telefon pintar juga turut memainkan peranan dalam rakaman video dan juga untuk menangkap gambar,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Kursus Pemantapan Penulisan Berita “Mendepani Cabaran Masa Kini”, di Auditorium Titian Murni, Jabatan Penyiaran Kelantan, di sini, hari ini.
Namun, tambahnya terdapat kekurangan dalam penggunaan MOJO, antaranya berita tersebut tidak terjamin kredibiliti kepada masyarakat.
Iqram yang juga wartawan daripada agensi BERNAMA Kelantan turut menasihatkan agar mereka yang mempunyai keinginan untuk menjadi pempengaruh, MOJO juga sangat penting dalam bidang tersebut.
“Sebagai pempengaruh, memang mereka akan menggunakan telefon pintar untuk membuat “content”.
“Jadi, mereka perlu menggunakan MOJO sebaik mungkin untuk memberi maklumat kepada pengikut mereka,”katanya.
Katanya MOJO adalah teknik terpantas untuk menyampaikan berita menggunakan alat elektronik mudah alih untuk menyebarkan maklumat kepada pembaca dan penonton.
Imedikel TV






