Home Buletin Semasa MB PAHANG BANGGA PENCAPAIAN BILIK PRISTINE DI PBAKL

MB PAHANG BANGGA PENCAPAIAN BILIK PRISTINE DI PBAKL

21
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memuji pencapaian Bilik Pristine Pahang yang meraih tiga anugerah utama sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Ke-43 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), bulan lalu.

Menurut kenyataan kejayaan tertinggi dicapai apabila muncul juara kategori Reruai Agensi Kerajaan dan Reruai Paling Mesra Pengunjung serta tempat kedua kategori Reruai Paling Inovatif.

“Program PBAKL selama dua minggu kali ini adalah musim kedua penyertaan Pahang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang yang turut melancarkan tujuh judul buku seperti Sketch Pahang: Pahang First Edisi Istimewa, Best Places in Tengku Hassanal Wildlife Reserve, Pahang: Passage Through Sight and Soul, Dasar Biodiversiti Negeri Pahang dan Pasport Pahang.

“Majlis penyerahan replika cek kemenangan Bilik Pristine Pahang dilakukan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Zainuddin Jamaluddin kepada Wan Rosdy sebagai bukti kejayaan yang membanggakan itu,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan acara berkenaan diadakan sempena Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Ke-23/2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Sultan Ahmad Shah, Universiti Tenaga National (UNITEN) di Muadzam Shah, semalam.

Rakan strategik yang turut berada di Bilik Pristine Pahang ialah JPNP, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK) Kuala Gandah di Lanchang, Temerloh, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Tourism Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang.

Turut sama Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Ulu Cheka, Jerantut dan Komuniti Orang Asli Terbol yang mengetengahkan kekayaan biodiversiti, warisan, pelancongan dan ilmu negeri ini.

“Aspirasi Pahang First menjadi tunjang utama kejayaan yang memperkukuhkan kedudukan dan mengangkat kekuatan Negeri Pahang di persada antarabangsa. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat dan komitmen tinggi Medal Lions Creative sebagai penganjur,”jelas kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here