Home Buletin Semasa MAYAT LELAKI BERTATU DITEMUKAN REPUT DI TASIK BUKIT MERAH

MAYAT LELAKI BERTATU DITEMUKAN REPUT DI TASIK BUKIT MERAH

305
0

Ipoh, PERAK: Mayat lelaki bertatu tanpa identiti ditemukan dalam keadaan reput di Tasik Bukit Merah di Bagan Serai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat dalam keadaan tertiarap dan terapung kira-kira jam 3.30 petang.

Beliau berkata, keadaan mayat itu sudah menggelembung dan mereput.

“Pemeriksaan lanjut menemukan tatu pada lengan kanan mayat itu dengan tulisan ‘ushra’ selain pada bahu kanan dan kiri.

“Hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mendapati tiada unsur perlakuan jenayah di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusri berkata, bedah siasat akan dijalankan ke atas mayat itu di Hospital Parit Buntar dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan IPD Kerian menerusi talian 05-7212222.

Sumber: BERNAMA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here